Selepas kemenangan 3-0 Johor Darul Ta’zim (JDT) ke atas Shanghai Shenhua dalam aksi AFC Champions League Elite (ACLE) Arif Aiman meluahkan rasa gembiranya dan menyatakan kemenangan tersebut didedikasikan khas buat penyokong setia JDT.

Menurut Arif perlawanan itu agak sukar dan penting namun pasukan berjaya memberikan yang terbaik di atas padang. Beliau turut menekankan bahawa setiap perlawanan adalah berbeza tetapi bermain di tempat sendiri memberi keyakinan tambahan kepadanya tanpa tekanan.

Menurutnya lagi beliau sangat menikmati masa bermain bersama JDT. Ini memberi gambaran hasrat beliau untuk terus bersama JDT pada masa akan datang lebih-lebih lagi JDT menduduki tangga ke-7 dalam kelab terbaik Asia.

JDT menawarkan pelbagai fasiliti latihan dan khidmat sokongan bertaraf dunia termasuk pusat latihan berteknologi tinggi barisan kejurulatihan profesional rakan sepasukan berkualiti tinggi serta pakar perubatan dan nutrisi yang mantap. Ini membuktikan bahawa pemain tidak perlu berkelana ke kelab luar negara untuk mendapatkan latihan dan sokongan terbaik.

Terlebih dahulu pelbagai pihak menyarankan Arif Aiman untuk berkelana ke luar negara bagi meningkatkan mutu permainannya seperti bekas pemain kebangsaan Datuk Jamal Nasir selepas perlawanan pertama ACLE menentang Shanghai Port yang berkesudahan 2-2. Dua gol dari JDT dijaringkan oleh Arif Aiman sendiri.

Jamal Nasir berpendapat bahawa Arif Aiman perlu berani mencuba peluang beraksi di luar negara untuk memperkembangkan lagi bakatnya. Dengan persembahan cemerlang dalam saingan ACLE termasuk menjaringkan dua gol Arif kini telah menarik perhatian pencari bakat antarabangsa. Menurut Jamal Arif telah melangkaui tahap bola sepak tempatan dan wajar mencari pengalaman di liga yang lebih kompetitif seperti Liga Jepun Korea Selatan atau Eropah. Jamal juga yakin bahawa kelab luar negara akan menghubungi JDT tidak lama lagi untuk mendapatkan khidmat Arif Aiman.

Baginya Arif perlu bersedia menerima cabaran ini untuk mengasah kemahiran di pentas lebih besar. Pada tahun 2023 beliau turut menyarankan agar Arif Aiman berkelana ke Liga Croatia.